Tuesday, November 23, 2010

.article #2. (Mitos tentang Designer)

 1. Designer lebih suke sistem barter dari CASH
Aku pon tak paham kenapa benda ni jadi.Selalu sangat kot. Ape servis kitorang ni tak deserve duit ke? "Eh, ko designkan aku poster untuk event mgu depan. Nanti aku bagi tiket free", "Ko boleh tolong designkan baju untuk kelas aku tak, nanti aku blanje ko KFC".

Watepak? Kitorang bukan buat suka2 beb. INI KERJA KITORANG. Kami design untuk dapatkan duit nak makan, nak bayar bil elektrik semua. Kalau tak bayar camne nk buat kerja takde elektrik? Haha. Kami ambil cash, cek dan bank-in. BUKAN KFC!! Contoh la kan, korang gi jumpe doktor, g salon. Korang bayar gune KFC ke? So, please do respect us and our job.

 
2. Designer Tak Perlu Dibayar Tinggi
Aku slalu surf web2 part-time/freelance job mcm asiaparttime.com. Kadang2 aku pelik tengok ade orang advertise, contoh : "Hiring Freelance Designer : RM10 to RM20 per work".Lagi sekali, Watephis? RM10 untuk satu design?? Come on, you must be joking dude!! Agak2 la kan design banner upah RM10 je. Tak hargai langsung idea yang keluar dari otak kitorang nie. Sedih siot. T_T

Memang, aku mengaku, sesetengah dari kami para2 designer nie boleh siapkan satu artwork tak sampai 10minit pun. Tapi xkan RM10 der..kamon aa..Ape ingt kitorang nie gifted ke? Tibe2 je pandai dan hebat design. Kitorang susah payah blaja, abis duit g kolej/universiti semua kot.
Lagi satu, idea yang kitorang dok perah otak nak matchingkan kaler/font/gambar dalam satu artwork tu tak ternilai kot harga.

Tapi kalau nak gak RM10 boleh, ape slhnye. Aku bukak photoshop, kaler background, letak tulisan, siap. Tak sampai 5minit pon, setimpal kan rasenya dgn RM10?

 
3. Designer Pandai Baca Fikiran
Kadang2 client susah nak terangkan macamana design tu nak dibuat. Then, malas nak pikir suruh designer buat ikut suke. "Saya nak design satu logo, name sekian-sekian, tapi saya xtau mcmane yang saya nak". Oh, jadi aku buat je la logo banyak2 sampai la ade yang berkenan eh? Berapa tahun nak siap agaknye? Lagi satu, tau tak service charge for logo depends on how many proposal that we are created for you? Tak tau ka? Pastu nak bayar murah, sape suruh tak bagitau.

Kitorang bukan ahli tilik. Kami tak tau kalau korang tak suka warna kuning. Atau gamba labu dalam poster tu korang nampak macam punggung.Haha. So please, sebagai klien, tolong terangkan contoh macamane yang anda nak ok? Satu je kami sebagai designer ni mintak. Tolong bersabar sikit kalau first design proposal kami tak cukup perfect - kami bukan ahli tilik. Bagi kami masa untuk review balik design dan come out dengan new design. Will ya?

 4. Design senang gile weh!
Tolong la. Aku blaja graphic nie by hard, sebab aku majoring in Industrial Design, bukan graphic. Aku da start main graphic dari 4 tahun lepas. Dan aku pon suke surf2 web tutorial untuk blaja benda baru. Dah berapa ratus/ribu kali aku try and error, tak ingat sampai beb.

Dan tiba2, datang seorang Hamba Allah dan cakap "Aku xnak hire ko untuk design nie, ko ajar aku dalam mase sejam dua je camne nak buat, boleh tak?".
Weh, aku blaja 4 tahun dan kau nak aku ajar ko dalam sejam dua? Ape ingat nak perah idea nak design tu senang? Ape ingat nak design tu macam buat MILO AIS ke?


Pegi download software yang berkaitan, rajin2 explore, rajin2 surf web tutorial, rajin2 try and error semua. Pastu, da ade basic sikit2 baru call aku. Kite duduk satu meja, share2 knowledge. Aku bukan kedekut ilmu, cume kalau korang memang xde based, senang cite zero la, tolong jangan ingat design nie blaja sejam dua da pandai.

Terima Kasih sebab bace dan have a nice day!! ^^

Picture and Original Article CreativeOpera

7 comments :

  1. nice article!.. ak stuju dgn ko!... mintak izin nak share ye! :)

    ReplyDelete
  2. thanks..btol kan kebanyakan nya..boleh2..share je..jgn lupe linkback k..haha..

    ReplyDelete
  3. article ni sumpah terbaik. Memang betul pon. Diorg nampak kerja design ni macam remeh. Tapi nak dapat idea tu bkn la snang. Kadang2 tu smpai berhari2 jugak la baru idea datang. Yang tak tahan tu yg mintak free, lagi lah x leh blah. Kalau benda senang x kesah jugak. Ni benda susah...haishhh

    ReplyDelete
  4. @ezhan : yang mintak FREE tu memang xleh blah..lagi2 membe2..haha

    @mye : jgn jadi gile sudah..=p

    @miss vee : thanks! =)

    ReplyDelete
  5. Aku setuju dengan poin-poin di atas.

    Lagi-lagi no. 3 tu... itulah gunanya design brief. Mula-mula tanya, dia cakap konsep bebas. Lepas tu bila dah siap, "sebenarnya saya tak nak warna ni.." Kenapa tak bagitau awal-awal?

    ReplyDelete