Sunday, August 21, 2011

.photoshop tutorial #9. (Smoke Text)

Hye, selamat isnin blues. Peh, da keje ni bile hari isnin rasa lemau sbb weekend. Dulu tak rase ape pon. Ok la, sempena hari Isnin ni, aku nak share satu poster yg aku buat minggu lepas..SMOKING. Aku merokok dan aku tau memang susah nak tinggalkan habit ni. Jadi, kepada korang2 yang belum berjinak-jinak lagi, tak payah la berjinak dengan rokok. Korang xkan jadi jinak punya, nanti jadi liar. Haha. Orait, kali ni aku nak ajar macammane nak buat poster yang ade asap-asap ni. Kalau tak faham tanye orait. =) 

Step By Step

Bukak photoshop dan buat layer baru. Buat gradient, 'Layer -> Layer Style -> Gradient Overlay'. Setkan style kepada radial dan pilih warna ikut suka anda.

 
Letak tulisan putih kemudian pergi 'Filter > Blur > Motion Blur'. Setkan mengikut kesesuaian. Contoh di bawah.
 

 Sekarang kita bagi dia ombak2 sikit, pergi 'Filter > Distort > Wave'. Setting ikut suka anda. Contoh di bawah.


Kemudian, pilih 'Filter > Blur > Gaussian Blur'. Ubah radius dalam 10 pixel. Groupkan layer tu dan tukar Blend Mode folder tu kepada Color Dodge(tengok layer dekat kanan bawah). Nanti korang dapat efek macam neon2 sikit.


Sekarang, kita buat awan pulak. Tekan 'D' untuk jadikan kaler default. Buat layer baru dan pilih 'Filter > Render > Clouds'. Tukar Blend Mode kepada Color Dodge dan pergi 'Layer > Layer Mask > Reveal All'. Guna soft brush, warna hitam dan padamkan sikit awan2 tu. Tengok contoh kat bawah.


Buat satu folder dan tukar Blend Mode kepada Color Dodge. Buat satu layer dalam folder tu dan guna Smoke Brush(korang boleh download mane2, google je smoke brush). Pilih warna putih dan susun mengikut kesesuaian.


Dan akhir sekali, letak la text dan juga signature anda. Siap!


(Klik untuk gamba lebih besar)

Sumber Asal : Abduzeedo

0 rekaan :